Cara nak jadi pemandu Uber

Anda mempunyai kereta sendiri dan mempunyai masa lapang?? Apa kata anda gunakan kereta anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya memandu.

Tahukah anda, syarikat teksi terbesar di dunia, iaitu UBER membayar gaji kepada pemandu mereka pada setiap minggu. Pemandu UBER atau lebih dikenali sebagai UBER Partners tidak mempunyai masa yang tetap untuk memandu kereta. UBER Partners hanya memandu secara sambilan, iaitu hanya pada waktu lapang. Namun begitu, ada juga ramai pemandu UBER di Malaysia melakukannya secara sepenuh masa. Ini kerana, pemandu Uber adalah satu kerja yang sangat fleksible.. Tak perlu bayar lesen, permit dan sewa kereta.

Nak jadi pemandu UBER hanya memerlukan beberapa keperluan utama iaitu:

  1. Mempunyai kereta atas nama sendiri atau pun nama pemandu tersebut mestilah ada didalam ‘cover note insuran kenderaan’.
  2. Mempunyai lesen memandu penuh. Pemandu yang mempunyai lesen P adalah tidak dibenarkan.
  3. Mempunyai smartphone sebagai medium perantara antara penumpang dan pemandu. Smartphone juga penting sebagai GPS.

Ada orang bertanya, selamat ke jadi pemandu UBER ni? Jawapan saya; lebih selamat dari memandu teksi kerana:

  1. Penumpang telah berdaftar di website UBER dan semua maklumat mereka telah disimpan oleh UBER. Berbeza dengan penumpang teksi, kita tiada maklumat langsung tentang mereka. Jadi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, sangat SUKAR untuk menjejaki mereka.
  2. Penumpang UBER adalah golongan yang berpendapatan tetap atau dari golongan yang terpelajar kerana penumpang UBER adalah mereka yang mempunyai kredit kad. Nak dapat kredit kad bukan senang kan??? Apabila kad kredit penumpang telah didaftarkan di website UBER, tentunya maklumat rumah, pekerjaan, alamat pejabat dan lain-lain maklumat telah disimpan. Jadi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, sangat MUDAH  untuk menjejaki mereka.

Tiada yuran juga dikenakan kepada pemandu UBER, semuanya percuma. Daftar PERCUMA… kelas pengenalan PERCUMA…

daftar uber

 

 

UBER hanya mengenakan caj sebanyak 25% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM1000, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM250. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM750 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya.

Kini Pemandu Uber juga menerima pembayaran secara tunai, tidak seperti dahulu, hanya caj menggunakan kad kredit atau pun debit. Jadi pendapatan melalui Uber sekarang adalah lebih bagus berbanding dahulu.

Buat masa ini, UBER Malaysia beroperasi di Lembah Klang, Johor Bahru,  Penang, Melaka, Langkawi dan beberapa bandar besar sahaja. Kawasan-kawasan ini akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa mengikut keperluan pengguna.

Nak daftar sebagai pemandu UBER??? KLIK SINI

Dapatkan update terbaru terus ke emel anda