Syiling Emas Harimau Mint Gold Lebih Eksklusif

Syarikat pengeluar syiling emas jenama Harimau Mint Gold, MFZ Trading Sdn. Bhd. mengeluarkan syiling emas edisi kedua jenama ‘Harimau Mint Gold’ dengan reka bentuk yang lebih eksklusif untuk memenuhi permintaan di pasaran.

Pengarah Urusannya, Mohd. Faizal Zulkifli berkata, syiling emas seberat 0.5 gram dan 1 gram terbaharu itu mula berada di pasaran pada 21 Julai lalu.

Menurutnya sepertimana edisi pertama yang terhad 3000 keping, keluaran syiling emas edisi kedua ini juga terhad kepada 8,000 keping atau 4,000 pasang sahaja.

Apa yang lebih menarik untuk edisi kedua kali ini, pelanggan dinasihat untuk membeli 2 keping setiap syiling kami untuk melengkapkan satu sama lain.

“Syiling emas terbaharu itu tampil dengan rekaan kepala harimau yang lebih unik, garang dan eksklusif dalam bentuk dua dimensi.

“Selain itu, rekaannya yang mempunyai nilai-nilai estitika juga boleh dijadikan sebagai koleksi, hadiah, simpanan, pelaburan serta hantaran perkahwinan.” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Harga syiling emas edisi kedua itu dijual mengikut harga pasaran emas semasa iaitu antara RM160 – RM200 dimana harga dikemaskini setiap 1 jam di website.

Mohd. Faizal memberitahu, setiap pembelian syiling emas edisi kedua ini juga akan diserta dengan sijil ketulenan emas untuk meningkatkan keyakinan pembeli.

Dalam pada itu, tambahnya, syarikat itu mengeluarkan syiling emas edisi terhad sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mendapat sambutan yang luar biasa.

Selain itu, katanya, syarikat itu telah memasarkan syiling emas seberat 0.5 gram dan satu gram yang bertemakan Harimau Malaya sejak awal tahun ini.

“Setakat ini produk tersebut telah memasuki pasaran antarabangsa seperti Arab Saudi, Jepun dan Brunei,” katanya.

Tambahnya, syarikat menyasarkan jualan syiling emas tersebut sebanyak tiga juta keping pada tahun ini.

Mereka yang berminat untuk membeli, sila layari www.harimaumintgold.my atau  SMS >HMG< ke 012-2074114. Kami akan hubungi anda untuk penerangan lanjut.

gold coin malaysia